Sep 11, 2007

Sebuah perjalanan pulang...

Kisah Abid di Komuter (dari MID VALLEY ke KL CENTRAL)

----

Komuter tiba setelah lebih kurang 20 minit menunggu. Orang cukup ramai, mungkin sama destinasi sepertinya. Ke, KL Central.

"Weh, jangan lah tolak-tolak!"- ada suara yang menjerit dari sisi.

Entah siapa. Tapi, dalam keadaan itu, semua orang kelihatan tidak sabar-dan berebut-rebut. Seakan rempuhan. Semuanya mahu mendapatkan tempat dalam perut komuter tersebut.

--------------------------------

Syukur. Walau terpaksa juga berasak-asak, Abid dapat melepasi pintu masuk dengan selamat. Cuak juga berebut-rebut begitu. Kiri kanan, macam-macam jenis manusia yang ada.

Abid ambil tempat di sebuah sudut paling belakang. Sebelahnya seorang jejaka, leka menekan-nekan butang henfon. Di sebelah kiri pula, ada anak muda sedang asyik membaca.

"Budak kolej agaknya...tak pun nak ambil SPM tahun ni. Rajinnya..." - getus Abid sendiri.

Bila pusing hadapan, dia lihat ada sepasang kekasih Melayu, (atau pasangan bercinta atau suami isteri) sedang leka-lekaan berpegang-pegangan. Lalu dibiarkannya saja.

Komuter bergerak, perlahan lahan. Namun, tiba-tiba berhenti di tengah-tengah perjalanan.

---------------------------------

"Harap maklum, komuter ini terpaksa dihentikan......" - petugas komuter menjelaskan kepada penumpang akan keadaan yang sedang berlaku. Semuanya masih tenang, terkawal.

Abid buntu sendiri. Leka, dia alih pandangan semula pada sepasang 'kekasih' di hadapannya. Dua remaja, yang simple berpakaian. Sang perempuannya bertudung ringkas. Lelakinya tinggi melangit.

Perbuatan mereka yang mahu mencolok mata cara ragu-ragu, malu-malu dan sesuka hati itu, meng'kompem'kan Abid bahawa mereka adalah sepasang kekasih cuma.

(waima orang dah bernikah jarang berpeluk-peluk, pegang, meraba di khalayak ramai..huh!)

Tiba-tiba, lelaki itu menarik si kekasih rapat ke tubuhnya yang sasa. Abid terpana. Menjengkelkan, kerana dia masih mahu meneka bahawa mereka belum 'sah' dengan tingkah itu.

---------------------------------

Seorang wanita India di hadapan Abid. Mata mereka bertentangan. Tiba-tiba wanita itu mencebek bibir. Abid lagi terkesima.

"Kenapa plak makcik ni?, Aku buat salah ke?"

Puas berfikir, langsung dibiarkan saja fikirannya mati begitu. Bingkas tangan menyambil bacaan di tangan. Komuter pun masih tidak bergerak sedari tadi.

Namun, acapkali matanya masih mahu berpaut pada adegan-adegan pasangan kekasih yang makin lama makin 'over'. Abid mengetap bibir.

"Aku rasa nak sekeh je diorang ni" - kata hati Abid, diam-diam tanpa seorang pun mendengar.

---------------------------------

Lama diam, Abid mengambil sebuah keputusan. Sebuah senyuman dilontarkan kembali kepada makcik tadi. Ah, respon baik. Senyum mereka berbalas. Tapi, diikuti juga dengan cebekan bibir kali kedua, yang ditujukan (pula) pada pasangan kekasih peluk-peluk di hadapan mereka.

"Ouh...rupanya makcik tu nak bagi tahu dia pun lemas, rimas tengok budak-budak ni berpeluk-peluk kat aku..hehehe" - Abid senyum sendiri. Prasangka dibuang.

Tiba-tiba datang ilham untuk mendapatkan perhatian dari penumpang-penumpang yang ada di ruang komuter tersebut..

"Auntie, tadi ada pameran di MID Valley ya?"

"Ouh, bukan. Itu ada sambutan ulangtahun perkahwinan kaum India. Sponsored...bla..bla...."- cukup ramah.

Abid terus berborak, bertukar kisah dengan kenalan barunya. Abid pula saja menaikkan ton suara. Mereka yang ada di sekeliling bagai sama mendengar, termasuklah pasangan Melayu yang asyik berpeluk-pelukan di dunia indah mereka..

----------------------------------

Beransur. Abid kembali membawa hala. Buku di tangan kejap-kejap di genggaman. Sambil terus memerhati gerak gaya pasangan peluk-peluk tadi, dia rasa ada satu kehibaan yang menyelinap jiwa. Ada bening air mata yang seakan mahu tumpah.

"Geramnya...geramnya. Patut ditegur ni..tapi, macam mana???" - Abid bicara sendiri.

Tapi, 15 minit berlalu begitu saja. Abid rasa begitu kecil untuk meluahkan rasa jengkelnya. Puas difikir-fikir taktik teguran yang paling berhikmah, namun,....masih tak mampu.

Abid diam sendiri. Melayan pelbagai persepsi dan perasaan yang diamuk sendiri..

----------------------------------

"Ya Allah, aku tak mampu menegur maksiat di hadapanku. Dakwahku, tak tersampaikan. Lalu aku hanya mampu berbuat apa yang terdaya....

Masih jauh jalannya. Aku belum dapat melaksana tugas daie sebaiknya. Aku malu pada diriku, aku malu terhadapMu, Tuhanku...aku tak berdaya..."

Abid merintih sendiri. Menahan kesalan dan air mata. Lalu yang mampu dibuat adalah membenci dengan hati. Itu yang paling termampu. Itulah...

No comments: